Tuesday, February 10, 2015

Macamana Yang Dikatakan Tekanan Darah (Systolic & Diastolic)?


Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan oleh darah ke atas dinding-dinding saluran darah arteri utama.
  • Tekanan adalah paling tinggi semasa jantung mengepam darah (contraction). Proses ini dikenali sebagai systolic.
  • Tekanan darah paling rendah berlaku semasa darah memasuki semula jantung (relaxation). Proses ini dikenali sebagai diastolic.
Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (Hg mewakili merkuri) dan bacaannya adalah bergantung kepada umur. Bacaan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti keadaan emosi (rasa tension, takut, gementar dsb). Tekanan darah yang tinggi dikenali sebagai hypertension, manakala yang rendah dikenali sebagai hypotension.
Carta di bawah menunjukkan bacaan bagi orang yang normal mengikut saranan WHO.
Contohnya seorang lelaki berusia 23 tahun sepatutnya:
  • mempunyai tekanan darah systolic antara 114 hingga 142 mm Hg, dan
  • mempunyai tekanan darah diastolic antara 62 hingga 88 mm Hg.
Bacaan tekanan darah dibaca dalam bentuk systolic/diatolic. Oleh itu sekiranya bacaan systolic ialah 120 dan diastolic 80, ianya ditulis sebagai 120/80.


Umur
20-24
25-29
30-34
35-39
40-44
45-49
50-54
55-59
60-64
65-69
70-
Lelaki
S
114-142
114-142
113-145
112-148
113-151
114-158
118-170
123-177
128-184
128-188
133-197
D
62-88
63-87
63-91
64-94
67-95
69-97
71-103
72-104
75-107
72-106
72-106
Perempuan
S
108-134
107-137
109-139
110-144
112-152
114-166
119-175
122-178
128-188
136-196
140-202
D
60-84
61-85
63-87
65-91
67-93
68-100
71-101
72-104
74-106
76-106
75-107

Carta di bawah ini menunjukkan tekanan darah mengikut kategori (dari Joint National Committee on Detection, Evaluation and Treatment of high blood pressure):


Kategori
Systolic (mm Hg)
Diastolic (mm Hg)
Normal
kurang daripada 130
kurang daripada 85
Tinggi - Normal
130 - 139
85 - 89
Hypertension Stage 1 (Mild)
140 - 159
90 - 99
Hypertension Stage 2 (Moderate)
160 - 179
100 - 109
Hypertension Stage 3 (Severe)
180 - 209
110 - 119
Hypertension Stage 4 (Very severe)
lebih daripada 210
lebih daripada 120

Untuk sebarang intrepretasi berkaitan bacaan tekanan darah, sila rujuk dengan doktor anda.
credit

                            Tip untuk mengurangkan risiko tekanan darah
  1. Senaman seperti angkat berat dsb. Senaman dua atau tiga kali seminggu boleh membantu membakar lemak dan memperbaiki metabolisma glukosa di dalam badan.
  2. Dapatkan binatang peliharaan seperti kucing. Ia boleh membantu mengurangkan tekanan perasaan.
  3. Jadi seorang yang lebih optimistik (berfikiran positif).
  4. Pergaulan sosial yang baik boleh mengurangkan stress dan depression. Sertai kelab sukarela dsb.
  5. Meditasi selama beberapa minit sehari - sembahyang, yoga dsb.
  6. Amalkan pengambilan makanan tambahan CoEnzyme Q10.
  7. Tukar kerjaya kepada yang kurang memberi tekanan kepada anda.
  8. Bercuti sekali sekala.
  9. Amalkan pengambilan makanan berasaskan soya.

PENTING: Sila rujuk kepada doktor anda sebelum mengambil apa-apa ubat atau menjalani rawatan untuk mengawal tekanan darah tinggi.




Berminat dengan Product shaklee? Jom Whassap Saya 
Shaklee Always Safe,Halal,Natural & Recommended 
Berminat boleh hubungi KC 011 -11178071 / 013 - 7778971 Boleh COD di kawasan Air Tawar,Sitiawan,Manjung dan Lumut. Shaklee Always Safe,Halal,Natural & Recommended


No comments: