Monday, April 15, 2013

Set Kecantikan Kulit


Kak…Kalau nak kulit cantik nak makan apa ek? Ada tak vitamin kulit cantik?” Nah, itu lah soalan yang selalu saya terima. Mungkin kerana melihatkan kulit saya yang licin, gebu dan lagi tidak bertompok-tompok bekas jerawat atau jeragat membuatkan ramai yang tertanya-tanya.



















SET KECANTIKAN SHAKLEE
Jika berminat sila hubungi 013-777 8971
 
 







Saya mengamalkan pemakanan tambahan Shaklee sebagai sumber vitamin kulit cantik saya keranakeberkesanannya hasil ujikaji klinikal, pasti selamat digunakan kerana daripada unsur semulajadi serta mesra alam.


Jangan tak tahu. Sebenarnya, banyak wanita cantik di luar sana yang menggunakan Shaklee dalam diam tau. Mari saya tunjukkan vitamin kulit cantik yang saya sendiri gunakan setiap hari sampai orang sekeliling saya pun terkejut dengan perubahan ketara:
1.            Energy Soy Protein (ESP): Setiap 21 hari sel kulit kita akan mati dan digantikan dengan sel kulit yang baru. Parut-parut jerawat di wajah anda selama ini adalah akibat sel-sel kulit mati tidak diperbaharui dengan sel-sel kulit yang lebih gebu, bersih, licin dan sihat. Jangan sia-siakan sel kulit yang diperbaharui itu. Ambil kesempatan ini dengan meningkatkan kualiti sel-sel kulit yang diperbaharui menerusi bekalan protein (ESP) secukupnya.
2.            Vitamin C membantu mengekalkan paras kolagen yang kritikal bagi wajah anda. Kekurangan paras kolagen mengakibatkan kulit wajah anda kelihatan tua. Inilah sebabnya banyak artis Hollywood mementingkan tahap kolagen yang mencukupi; walaupun berusia 50 tahun ke atas, agar wajah kekal licin, tegang dan sihat seperti wanita muda 20-an.
3.            B Complex penting bagi memperbaiki peredaran darah dalam badan dan meratakan warna tona kulit pada wajah. Tidak timbul lagi masalah kulit wajah yang bertompok-tompok. Selain itu, B Complex juga membantu dalam menstabilkan hormon badan kita; juga sesuai untuk mengurangkan rasa marah atau stress. Ini juga membantu dalam menghasilkan kulit yang cantik dan ceria.
4.            Vitamin E mampu memudarkan parut jerawat di wajah anda dengan berkesan. Selain itu, ia juga merupakan ejen antioksidan dan anti-penuaan yang hebat. Pasti orang lain beranggapan anda sedang berjalan dengan adik; padahal anak sendiri, selepas mengambil vitamin kulit cantik ini secara berterusan.

Gabungan semua vitamin-vitamin di atas membantu dalam mencegah jerawat serta melupuskan parut-parutnya jika di ambil secara istiqamah. Wajah anda pasti kelihatan berseri dari dalam; tanpa perlu mekap berlebihan yang mungkin merosakkan kulit, hari raya nanti. Masa tu nanti, suami andalah orang yang paling bangga; sambil mengusap-usap pipi anda yang cantik itew~

No comments: