• Penghadaman makanan yang tidak sempurna. Ini boleh terjadi bila anda tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dengan kadar yang agak cepat. Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda. Orang yang memakai gigi palsu harus lebih berhati-hati dengan situasi begini.
  • Pemakanan dan peminuman. Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, teh, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda. Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.
  • Pengambilan alkohol. Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pankreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin, asid folik, vitamin B12 , vitamin C dan vitamin A.
  • Merokok. Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan bersamaan dengan 30mg vitamin C.
  • Pengambilan julap. Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat – waktu transit untuk penyerapan berkurangan. Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin A dan E.
  • Proses pemasakan. Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan oleh mikrowave.
  • Makanan yang diproses. Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vitamin E mengurangkan kandungannya bila ia dikeluarkan dari freezer.
  • Pengambilan anti-biotik. Anti-biotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik di dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.
  • Alahan kepada makanan. Individu yang alahan kepada gluten dan laktose (oleh itu tidak mengambilnya) menyebabkan mereka tidak mendapat vitamin-vitamin yang diperlukan dari sumber-sumber ini seperti thiamin, riboflavin dan juga kalsium.                    
  • Sakit. Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan calcium, vitamin D dan C yang lebih banyak.
  • Tekanan. Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).
  • PMT (Pre-Menstrual Syndrome). Tanda-tanda seperti sakit kepala dsb semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.
  • Mengandung. Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Anda perlukan lebih vitamin B (termasuk asid folik), A, D, E dan mineral-mineral kalsium, zat besi, magnesium, zink dan phosporus.
  • Pil perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik.
  • Kurang pendedahan pada cahaya matahari. Golongan ini kekurangan vitamin D yang penting dalam metabolisma kalsium.
  • Simpanan yang sedikit. Ada individu yang mempunyai simpanan vitamin A yang sedikit. Vitamin ini penting dalam pembentukan kulit, lapisan hidung dan lapisan paru-paru yang sihat.