Monday, June 22, 2015

Alat kosmetik di antara penyumbang TOKSIN DALAM BADAN


Hanya perkongsian.
Kebanyakan rakyat di negara ini sejak dahulu lagi, lebih memberikan penekanan kepada kecantikan dan kesihatan luaran berbanding dalaman.
Sebenarnya tanpa kita sedari, untuk kelihatan cantik dan sihat, ia perlu bermula daripada dalam yang seterusnya akan membentuk kecantikan luaran.
Pakar konsultan produk kecantikan dan kesihatan RF3 World, Dr. Zannat Begam Sawal Hamid, 33, berkata, tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli set penjagaan kulit, namun tidak ramai yang terfikir untuk membuang toksin dalam badan.
Jelasnya, toksin merupakan bakteria yang terkumpul di dalam organ badan manusia seperti otak, jantung, hati, pituitari, pankreas dan organ pembiakan.
“Kesan pengumpulan toksin ini tidak dapat dilihat dalam jangka masa pendek kerana ia memerlukan masa untuk membiak dan bertukar menjadi penyakit. Justeru, kebanyakan masyarakat jarang memandang serius hal ini.
“Walhal pencegahan daripada peringkat awal perlu dilakukan sebelum toksin bertukar menjadi bakteria jahat lalu menyerang bakteria-bakteria baik sehingga membuatkan sistem imun badan menjadi lemah,” katanya yang pernah bertugas di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari, Kementerian Kesihatan selama tiga tahun.
Tambahnya, toksin lazimnya terkumpul di dalam badan seseorang disebabkan beberapa faktor seperti sisa makanan tidak dicerna sepenuhnya, merokok, terdedah kepada pencemaran udara dan mengamalkan cara pemakanan tidak sihat.
“Cara pemakanan yang tidak sihat di sini merujuk kepada mereka yang gemarkan makanan segera, kerap makan makanan yang dipanaskan melalui ketuhar dan jarang menjamah buah-buahan serta ulam-ulaman.
Kosmetik
Image result for kosmetik
“Selain itu, bagi mereka yang kurang melakukan senaman dan sering menggunakan alat kosmetik yang mengandungi bahan plumbum dan logam turut menyumbang kepada pengumpulan toksin ini,” ujarnya yang merupakan pemegang Ijazah Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Katanya, penggunaan alat kosmetik sering diambil remeh oleh wanita.
Mereka jarang meneliti kandungan di dalam alat solek yang digunakan.
“Sebenarnya, alat solek atau set penjagaan badan yang memberi kesan perubahan terlalu cepat adalah tidak elok digunakan kerana ia mempunyai kandungan bahan yang amat kuat sehingga mampu melunturkan warna kulit dengan pantas.
“Oleh itu, saya menyarankan agar masyarakat menggunakan produk-produk semula jadi atau mengenal pasti dengan membawa alat penjagaan yang digunakan kepada pihak kementerian untuk mengetahui sejauh mana kesan penggunaan bahan tersebut kepada tubuh,” jelasnya yang pernah bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Selayang, Selangor.
Sementara itu, apabila ditanya apakah penyakit yang boleh dialami oleh seseorang yang mempunyai toksin dalam badan, Zannat memberitahu, kanser dan masalah hormon seperti migrain, sakit sendi, kencing manis, ketidaksuburan, obesiti dan tiroid adalah penyakit yang popular dialami oleh masyarakat.
Menurutnya, antara simptom awal seseorang itu mempunyai toksin berlebihan dalam badan bila mereka berasa mengantuk berpanjangan, sistem imuniti rendah, kulit berjerawat dan bahagian keliling mata gelap.
Selain itu, badan terasa banyak angin, alahan, berat badan meningkat, kehadiran selulit, hormon tidak stabil dan kulit tidak sekata antara simpton yang turut dikenal pasti disebabkan toksin berlebihan.
Brokoli
Bagi mengatasi masalah ini, Zannat memberitahu, mereka yang dapat mengesan masalah tersebut daripada awal perlu memperbanyakkan makan makanan beralkali seperti timun, jagung, brokoli dan jus delima.
“Perkara paling mudah bukan sahaja perlu dilakukan oleh mereka yang mempunyai toksin tetapi oleh semua golongan masyarakat adalah minum air mineral dengan banyak kerana ia dapat meneutralkan badan yang berasid.
“Jika keadaan masih tidak reda dan penyakit terus berulang, anda dinasihatkan agar pergi mendapatkan rawatan doktor dengan segera,” ujarnya lagi.
Jelasnya, jika ia tidak dirawat, dikhuatiri penyakit akan menjadi bertambah buruk sehingga boleh mewujudkan profil asid deoksiribonukleik baharu yang akan memberi kesan kepada anak yang bakal dilahirkan.
credit familisihat



Berminat boleh hubungi KC 011 -11178071 / 013 - 7778971 Boleh COD di kawasan Air Tawar,Sitiawan,Manjung dan Lumut. Shaklee Always Safe,Halal,Natural & Recommended

Saturday, June 20, 2015

Asid Hialuronik ada dalam Collegan Powder Shaklee?


            

Hyaluronic Acid

Hyaluronic Acid merupakan molekul yang terbentuk secara alami di lapisan kulit dalam (dermis). HA membantu menjaga kulit tetap halus dan kenyal melalui kemampuannya untuk menampung air sampai 1000 kali beratnya. Hyaluronic Acid membantu menjaga kulit halus, elastis, menjaga sendi tetap terlumasi dan membantu sel tubuh tetap lembab. Hyaluronic Acid membantu kolagen di tubuh tetap basah dengan membantu menahan air. HA memiliki kemampuan melumasi yang baik yang mana sangatlah penting untuk fungsi pada berbagai organ tubuh manusia seperti kulit,  jantung, dan sendi.

credit



Berminat boleh hubungi KC 011 -11178071 / 013 - 7778971 Boleh COD di kawasan Air Tawar,Sitiawan,Manjung dan Lumut. Shaklee Always Safe,Halal,Natural & Recommended

Rawat kulit muka dengan ?????


Point nya di sini, rawatlah kulit muka dari dalam dan bukan menggunakan jalan singkat. Amalkan rejim kesihatan kulit yang sihat. Seperti dalam Islam, wuduk yang sempurna akan menjadikan wajah cantik berseri. Pengambilan makanan yang sihat dan penjagaan diri yang baik juga penting untuk mendapatkan kulit secantik bidadari.



berikut adalah beberapa panduan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri:
  • minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari
  • lengkapkan diri dengan pengambilan vitamin bagi memelihara kulit dan badan
  • mengamalkan pengambilan vitamin c membantu menjadikan kulit lebih cerah dan menyekat pembentukkan pigmen
  • Vitamin E yang secukupnya akan membantu melewatkan penuaan , mengurangkan kedutan dan bintik penuaan.
  • Vitamin B Complex juga penting bagi menangani stress dan membantu menjadikan wajah berseri
  • Asid Lemak Omega 3 dan 6 mengawal lembapan kulit
  • Asid Amino L-Cystein memberikan kulit yang sihat, muda dan anjal
  • Pengambilan Zinc yang cukup pula akan membaikpulih kulit dan sel-sel yang rosak


Jadi apakah yang Shaklee tawarkan bagi mendapatkan kulit cantik berseri bak bidadari?

Berikut adalah beberapa cadangan supplement asas:

Set D Shaklee:

Set D Shaklee dengan Extra Protein:


Set Kulit Cantik Khas Bagi Kulit Berjerawat:


Cadangan supplement tambahan bagi kulit cantik:



Dan di antara yang terhangat dari Shaklee, Collagen Powder. Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan 8 minggu berturut-turut akan menghasilkan wajah yang cantik, muda, anjal dan berseri.

Collagen Powder Shaklee:


Set D Shaklee adalah pilihan ramai yang ingin mendapatkan kulit yang cantik, berseri, anjal dan kelihatan muda. Mungkin disebabkan harga yang mampu milik dan terbukti berkesan menjadikan Set D Shaklee begitu laris dipasaran.

Lihat testimoni mereka yang telah menggunakan Set D /Set kecantikan Shaklee

p


Berminat dengan Product Shaklee...Jom Pewitt KC Salam Sayang, Saya KC owner blog ini, ~ Pengedar Bebas Product Shaklee ~ Sebarang pertanyaan dan berminat boleh hubungi ~ Whsp/WeChat/Line : 011 11178071 ~ Sms Or Call : 013 7778971 ~ Email : anggerikhebat@gmail.com