Friday, November 28, 2014

Panduan mengambil vitamin


Perlu ke Panduan mengambil vitamin?


Terdapat sebuah cerita yang mempunyai kaitan dengan tajuk yang dikehendaki ini.
"Amelia terlihat sebotol vitamin C di atas peti ais rumahnya. Lalu dia terus mengambil dua biji vitamin dan memakannya."
Tahukah anda, tindakan Amelia tersebut membahayakan? Anda tidak boleh mengambil sebarangan ubat tanpa perhatian orang dewasa. Mungkin ubat atau vitamin tersebut tidak sesuai dengan ketahanan badan seseorang. Mungkin juga itu bukan vitamin!
Jadi di sini, nasihat yang dapat dikatakan adalah mengikuti peraturan dan panduan ini supaya apa yang anda makan seperti vitamin, tidak akan memudaratkan kesihatan anda.
>>>  Pastikan vitamin yang diambil telah mendapat kelulusan doktor dan klinik yang berdaftar.
Jangan mengambil sebarangan vitamin kerana bimbang ia tidak mendapat kelulusan yang ditetapkan. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin.
>>>  Baca terlebih dahulu label dan kandungan vitamin yang terpapar pada botol.
Anda kena tahu vitamin apa yang anda ambil dan makan. Adakah keterangan yang terpapar di botol tersebut tertulis vitamin A atau C? Kalau anda merasa ragu-ragu dengan tulisan pada botol tersebut, cuba minta pertolongan ibu atau ayah anda. Ini kerana mungkin ada perkataan yang anda tidak fahamkan?
>>>  Jangan mengambil dos secara berlebihan.
"Kalau makan banyak vitamin, adik lagi sihat kan?" tanya Yani kepada emaknya. Sebenarnya tidak semestinya mengambil vitamin dalam kuantiti yang banyak membuatkan anda lagi sihat sebaliknya anda akan mengalami pelbagai penyakit disebabkan kesilapan mengambil dos. Jadi, ambillah vitamin pada kadar yang telah ditetapkan. Lazimnya, tidak melebihi dua biji untuk satu jenis vitamin.
>>>  Suruh ibu bapa temani semasa mengambil vitamin.
Sebaiknya kehadiran ibu atau bapa di sisi semasa mengambil vitamin adalah lebih elok. Bukan apa, kalau ada di kalangan ada yang mempunyai masalah semasa memakan vitamin, ibu bapa yang berada di sisi boleh menenangkan anda kan? Lagipun, mereka boleh membantu seperti memberikan air ataupun sebagainya.
>>>  Pastikan vitamin disimpan di tempat yang selamat.
Kalau anda hendak tahu, vitamin seelok-eloknya disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Ia juga tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Jadi, mulai sekarang, anda simpanlah vitamin di tempat yang sepatutnya.
credit



Berminat boleh hubungi KC 011 -11178071 / 013 - 7778971 Boleh COD di kawasan Air Tawar,Sitiawan,Manjung dan Lumut. Shaklee Always Safe,Halal,Natural & Recommended

No comments: