Thursday, January 16, 2014

Sakit Pinggang, Lutut,Kebas-kebas, Lenguh-lenguh?


Kawan-kawan  tentu biasa dengar berkenaan kalsium kan? Rasanya jarang yang tidak tahu pasal kalsium kerana hari-hari kita dihidangkan dengan iklan susu. Semua sedia maklum yang susu mengandungi kalsium. Tahukah kita betapa peningnya kalsium? Kepentingan utama kalsium sudah tentu untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Beberapa fakta menarik lain tentang kalsium (ostematrix).

Ostematrix Complex Shaklee

Selain dari untuk tulang dan gigi, kalsium berfungsi untuk:
1. Mengekalkan tekanan darah yang normal.
2.Membantu pengecutan otot dan saraf
3.Membantu mengurangkan sindrom PMS seperti kekejangan, kembung, moody. Amat sesuai bagi wanita yang selalu berhadapan masalah bila didatangi haid.

Apa Ada Dalam Kalsium (Ostematrix) Shaklee?

KALSIUM
250mg kalsium dalam setiap caplets. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari dan cara yang terbaik bukanlah ambil sekaligus 1000mg kerana ianya tidak akan menghasilkan kesan yang baik. Kenapa? Sebabnya kalsium dapat diserap dengan baik bila diambil dalam dos yang rendah. Sebaiknya adalah tidak lebih dari 500mg setiap kali pengambilan. Sebab itu Ostematrix Shaklee dicadangkan diambil 4 biji sehari di mana 2 biji diambil setiap pengambilan.
Dan Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan.Bukannya ketika perut kosong.


VITAMIN D
Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol'(dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita.

Kalsium dan Vitamin D sangat digalakkan untuk mengelakkan dari osteoporosis. Golongan yang paling sesuai untuk mengambil kalsium (ostematrix) adalah:

1. Ibu menyusu, mengandung
2. Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
3. Warga emas
4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang bulan
5. Merka yang mengalami kekejangan otot
  


     


2)Advanced Joint Health Tablet 


Bayangkan jika salah satu sendi gagal berfungsi, pastilah pergerakan jadi terbatas. Terutamanya kepada mereka yang aktif. Tak kiralah sama ada mereka yang aktif bersukan,  kerja yang banyak pergerakan  atau yang suka pada aktiviti lasak dan ekstrem kesihatan sendi wajib diambil serius. Jangan pandang enteng tau!

                                    

Sendi yang sihat bermakna tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecari sinovia(bendalir yang melicinkan sendi-sendi) iaitu komponen-komponen sendi; mendapat keperluan nutrisi dari yang mencukupi yang diserap oleh tubuh. Sendi yang sihat dan kuat dapat memberi keselesaan antara tulang temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Jom kita baca mengenai vitamin untuk kesihatan sendi

Advanced Joint Health Tablet Shaklee adalah makanan tambahan yang memelihara kesihatan sendi-sendi tubuh badan. Dalam tubuh badan kita terdapat beberapa sendi yang sering bekerja bagi memastikan setiap pergerakan dapat dilakukan. Sendi-sendi badan adalah:



  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.
   

Aktiviti biasa seperti membongkokduduk dan berjalan menjadi begitu mencabar kepada mereka yang mengalami masalah sendi ini.  Pencegahan awal perlu demi masa depan kita. Sakit atau tidak bukan ukuran untuk kita tidak mendapatkan nutrisi sendi. Sendi kita semakin goyah seiring dengan peningkatan usia kita. Jadi sediakan payung sebelum hujan!

Joint Health Shaklee paling sesuai dijadikan buah tangan setiap bulan  kepada ibu dan ayah kita. So macam mana? Sayang tak emak dan abah kita?


Tiba  masanya untuk hadiahkan kepada yang tersayang! Duit bukan ukuran jika dibandingkan dengan kesihatan sepanjang hayat.



Berminat dengan Product shaklee? Jom Whassap Saya 
Shaklee Always Safe,Halal,Natural & Recommended 

Klik Like di FanPage saya : http://www.com/kc shoppe supplement untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA 
Berminat dengan Product Shaklee...Jom Pewitt KC Salam Sayang, 
Saya KC owner blog ini, 
~ Pengedar Bebas Product Shaklee ~ Sebarang pertanyaan dan berminat boleh hubungi ~ Whsp/WeChat/Line : 011 11178071 ~ Sms Or Call : 013 7778971 
~ Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang di kongsikan di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah,mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar.

No comments: