Tuesday, July 23, 2013

Sakit Sendi ? Tulang Rapuh?Tanda Gejala N Rawat Sebelum Terlambat....

                 



Sakit sendi? Tulang Rapuh? Tanda  gejala N Rawat sebelum terlambat
Tulang Rapuh (Osteoporosis)

Pengenalan
Pastikan anda baca untuk pengetahuan  tutang - sakit sendi

Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang,mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus,bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.
Apabila usia meningkat,anda juga akan mengalami kekurangan kepadatan tulang,menyebabkan tulang nipis.Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah,terutamanya tulang belakang,pergelangan tangan dan tulang pinggul.Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan.Ia terdiri dari bahagian luar yang keras,mengandungi jaringan kolagen(serat elastic yang kuat),bahan mineral,salur darah dan sum-sum tulang.Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang kecil.Dalam kes Osteoporosis,ruangan adalah besar,menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.

Tulang yang di baiki di perteguhkan dengan pelbagai zat protein dan mineral yang di serap dari saluran darah.Ini termasuk kalsium,fosporus,protein dan asid amino.Hormon  pertumbuhan dan hormone seks mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang.Perubahan pada paras hormone boleh memberi kesan keatas kekuatan tulang.Sebagai contoh hormone estrogen bagi wanita boleh mencegah OSTEOPOROSIS.Selepas menopaus,paras estrogen lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.

                                                  
Tanda  dan Gejala
Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk terjadi gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul.TANDA OSTEOPOROSIS termasuk lah sakit sendi,sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan.   

BACA LAGI  !!!

Apabila tulang menjadi nipis(rendah dalam jisim tulang),tulang pergelangan tangan,tulang pinggul tau tulang spinal(vertebra) lebih senang patag.Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada(rib) atau berpotesi untuk tulang belakang reput.
Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius,kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan.Ini boleh menyebabkan kepada arthritis dan mungkin menyebabkan kecacatan,bagi setengah warga emas tidak boleh hidup berdikari jika mengalami kecederaan.
Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga emas adalah satu gejala osteoporosis.Ia berlaku apabila tulang vertebra patah (atau pecah) membuatkan susah unyuk menyokong berat badan.
Sebab – sebab :
Tulang tebal dan kuat semasa remaja.pada sekitar umur 35 tahun ,lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang dig anti.Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah.Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda,dan masih aktif semasa berumur,kurang risiko osteoporosis,kerana tulang masih kuat.Ada beberapa factor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis.Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki.Ini di sebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopaus.
                                                    


Wanita berisiko tinggi apabila 
  •  Mengalami menopaus awal sebelum umur 45 tahun.
  •  Menjalani pembedahan histerektomi(pembuangan organ rahim)sebelum berusia 45 tahun,terutama jika ovary di buang sekali.
  • Tidak datang haid dalam jangkamasa lama(lebih dari 6 bulan)disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan Hormon lelaki,iaitu testosreron juga menolong menjadikan tulang sihat.
  •    Lelaki mmenghasilkan hormone secara berterusan walaupun usia lanjut,tetapi nerisiko mendapat osteoporosis jika paras hormone rendah.
  • Penyakit yang menjejaskan penghasilan hormn boleh menyebakan osteoporosis.Hormon wanita,estrogen dan hormone lelaki,testosterone adalah penting untuk menjadikan tulang kuat dengan memproseskan mineral seperti kalsium.Osteoporosis boleh tercetus oleh masalah hoemon termasuk:
  •  Hipertiroidis(kelenjar tiroid uang sangat aktif)
  •  Gangguan kelenjar adrenal.Dalam sindrom Cushing,penghasilan berlebihan kortisol(hormone yang di hasilkan oleh kelenjar adrenal)menyebabkan osteoporosis.
  • Kurang pengeluaran hormone seks(estrogen dan testosterone)
  •  Gangguan di kelenjar pituitary dan
  • kencing manis

Fakta-fakta lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk :
  •  Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat(ibu bapa)
  •  Tidak aktif dalam jamgka masa lama seperti terlantar di katil
  • Kerap  mengambil minuman keras dan merokok
  •  Gangguan penyerapan seperti Coeliac disease dab Crohns disease
  •  Penggunaan ubat korti kosteroid pada dos yang tinggi bagi tempoh yang lama( selaluny adi gunakan bagi rawatan arthritis dan asma)boleh member kesan kepada kekuatan tulang.
  • Kekurangan kalsium
  •  Paras vitamin D rendah
  • Jisim badan yang sangat rendah (contoh : berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang nipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)

Diagnosa
Osteoporosis selalunya tidak di  diagnosekan sehingga lah tulang rapuh lau menyebabkan tulang patah.Sinaran X tidak boelh member ukuran jisim tulang yang betul,tetapi bolehmengenalpasti kepatahan tulang belakang.Kepadatan tulang dapat di lihat melalui scan di panggil dual energy X-ray absorptiometry (DEXA) scan di gunakan untuk mengukur kepadatan tulang dab dapat membandingkan dengan yang normal.Ujian ini mengukur kekuatan tulang serta risiko kepatahan.
Komplikasi
Osteoporosis menyebabkan badan menjadi rendah serta bongkok akibat kepatahan tulang belakang(spinal).Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu unuk menyokong berat badan.
Kebiasan kemalangan kecil boleh menyebabkan patah atau rentak di pergelangan tangan,lengan,leher atau tulang pinggul.
Sesetengah orang menjadi tidak berupaya kesan daripada tulang yang rapuh.Penggantian semula tulang pinggul selalu diperlukan sekiranya ia patah.dan ini akan menyebabkan pesakit tidak mampu berjalan sendiri.Walaupun osteoporosis tidak memendekkan jangka hayat manusia,ketdakupayaan bergerak sendiri menjadi sebab utama kemasukkna kerumah penjagaan.

Amalan cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk :
  •  Makan makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi sekurang-kurangnya 1000 mg sehari
  • Berhenti merokok – menghisap rokok meningkatkan risiko osteoporosis.
  •  Hadkan jumlah pengambilan minuman alcohol.


Credit to:
Kumpulan Sokongan
Persatuan menopaus  Malaysia,Persatuan Ortopedik Malaysia Persatuan Osteoporosis Malaysia
Semakan akhir : 01/5/2012
Penulis              : Dr.Hj.Mohd Hatta,M.Tarmizi
Penyemak        : Dr.Heselynn Hussein

Memperkenalkan set untuk rawat masalah sendi anda ..jom rawat sebelum tulang rapuh.




Set Optimum untuk masalah sendi…sakit lutut,lenguh2 badan..masalah radang sendi…

  • ADVANCED JOINT HEALTH…meningkatkan fungsi sendi..mampu meningkatkan kesihatan sendi..
  • OMEGA GUARD …dapat mengurangkan rasa sakit pada sendi..menurunkan paras KOLESTROL  dalam badan..
  • OSTEMATRIK membekalkan kandungan KALSIUM dan MAGNESIUM dalam tubuh kita yang telah hilang…kurangnya kalsium akan menyebabkan tulang kita mudah rapuh.


                                                      TESTMONI


Berminat ingin mencuba sila hubungi saya



Salam Sayang, Saya KC owner blog ini,
 ~ Pengedar Bebas Product Shaklee
~ Sebarang pertanyaan dan berminat boleh hubungi
 ~ Whsp/WeChat/Line : 011 11178071
~ Call : 013 7778971
~ Email : anggerikhebat@gmail.com

No comments: