Thursday, June 19, 2014

Anda ada masalah cyst???

Cyst melanda dalam rahim atau luar rahim?


KEKERAPAN ketumbuhan fibroid di rahim dan pangkal rahim biasanya 40 peratus pada wanita terutama pada usia subur atau boleh hamil. Seramai 40 peratus wanita dengan fibroid tidak menghadapi sebarang masalah dan tiga perempat wanita yang mempunyai fibroid tidak menyedarinya kerana tidak mempunyai sebarang tanda atau kesakitan.

Pakar Runding Obsetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, biasanya doktor hanya dapat mengesan melalui ujian pelvik atau ultrasound.

“Ini berlaku apabila pesakit mengadu kedatangan haid yang luar biasa banyak atau berterusan lama," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Menurut beliau, fibroid boleh berlaku di pelbagai tempat seperti dalam rahim, luar rahim serta pangkal rahim.

“Fibroid bukan kanser dan hanya satu dalam 3,000 kes yang menjadi penyebab kanser kecuali ia sememangnya kanser," katanya.
Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak.

Biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi saiznya yang semakin membesar dan keras seperti guli kapur menyebabkan pesakit tidak selesa.

Dr. Dharmini berkata, simptom fibroid bergantung kepada kedudukannya.
“Misalnya terdapat pesakit yang mengalami darah haid yang banyak dan berterusan lebih daripada tujuh hari, sakit di bahagian ari-ari, kerap kencing, sukar kencing, sembelit dan sakit pinggang.
Fibroid di bahagian luar rahim biasanya menyebabkan haid yang berpanjangan," katanya.

Pesakit yang mengalami sakit di bahagian ari-ari, haid yang banyak dan sakit apabila melakukan hubungan intim sepatutnya mendapatkan rawatan doktor.



Ini kerana biasanya wanita yang mengalami fibroid rahim tidak mengalami sebarang kesakitan dan 75 peratus daripada mereka tidak mengetahuinya.
“Biasanya fibroid akan mengecut apabila wanita mengalami fasa menopaus mungkin kerana pada peringkat itu hormon tidak aktif," katanya.
Wanita yang hamil dengan fibroid akan mengalami sakit di bahagian rahim menyebabkan keguguran atau bersalin bayi tidak matang kerana rahim mereka tidak boleh berkembang.

Biasanya ibu yang mempunyai fibroid di rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid.
“Pakar perubatan biasanya akan memberikan penerangan terperinci kepada pasangan yang mempunyai fibroid.

“Ibu akan dinasihatkan agar berehat di rumah hingga cukup bulan," katanya.
Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin tetapi enam bulan selepas itu.

Ini kerana ketika proses bersalin, keadaan rahim yang kembang dan kaya dengan salur darah menyebabkan risiko pendarahan.

“Ini akan menyebabkan risiko rahim rosak dan perlu dibuang," katanya.
Mengenai rawatan, Dr. Dharmini berkata, tidak terdapat ubat untuk mencairkan fibroid seratus peratus.

Bagaimanapun terdapat ubat suntikan untuk mengecutkan fibroid sementara dengan memberikan ubat untuk menyebabkan menopaus sementara biasanya selama enam bulan.

Biasanya pesakit mendapat rawatan kerana pendarahan yang teruk akibat fibroid yang besar dan mereka yang memerlukan pemindahan darah.

“Pesakit akan diberikan ubat untuk menopaus sementara selama enam bulan dan ubat menambah hemoglobin dalam darah," katanya.

Bagaimanapun fibroid yang besar memerlukan pembedahan antara 10 hingga 20 sentimeter.
“Jika fibroid bersaiz kecil ia boleh dikeluarkan melalui pembedahan kecil," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan fibroid tumbuh kembali, katanya, benih yang ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada.
Dr. Dharmini berkata, kini banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengecutkan fibroid tanpa memberikan kesan sampingan kepada rahim.

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 
 


Jangan gusar jangan risau. Cuba ikhtiar dgn mengambil dan mengamalkan GLA & VITA C.

GLA COMPLEX

* Kawal hormon estrogen
* Antioksida
- Tingkatkan sistem imun tubuh
- Halang pertumbuhan sel tumor & kanser
* Keluarkan virus

VITA C SR

* Tentang radikal bebas
* Perangi kanser
* Tingkatkan sistem imun
* Membuang kimia berbahaya dari tubuh

Kita hanya mampu berusaha selebihnya daripadaNYA. Yang penting.. Usaha!!!


Budget Dengan GLA dan Vitamin C 500 mg..








Berminat dengan Product shaklee? Jom WhatsApp
 Saya 011 - 11178071
 Shaklee Always Safe,Halal,Natural & Recommended

 Klik Like di FanPage saya : http://www.com/kc shoppe supplement untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA Berminat dengan Product Shaklee...Jom Pewitt KC Salam Sayang, 
Saya KC owner blog ini
, ~ Pengedar Bebas Product Shaklee ~ Sebarang pertanyaan dan berminat boleh hubungi ~ Whsp/WeChat/Line : 011 11178071 ~ Sms Or Call : 013 7778971
 ~ Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang di kongsikan di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah,mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar.

No comments: