Sunday, April 20, 2014

Apa kaitan Batok Kokol dengan NUTRIFERON

                                                   

Article di sumbang oleh Nurr

Batuk kokol merupakan salah satu penyakit kanak-kanak yang paling berbahaya, terutamanya pada bayi bawah umur 12 bulan. Penyakit ini berpunca daripada bakteria bordatella pertussis yang menyebabkan saluran udara berlendir dan tersumbat.

Batuk kokol bermula sebagai selesema biasa yang disertai batuk. Batuk menjadi semakin teruk dan serangan batuk yang spasmodik menyebabkan anak sukar bernafas. Apabila anak anda menarik nafas selepas serangan batuk, nafasnya kedengaran berbunyi "whoop" semasa udara melalui larinks yang bengkak. Bagi bayi, pernafasan adalah semakin sukar kerana anak gagal mempelajari teknik menyedut udara dan keadaan ini boleh membawa maut. Kadangkala anak akan muntah selepas serangan batuk. Batuk ini boleh berlanjutan sehingga sepuluh minggu. Risiko mendapat jangkitan sekunder seperti pneumonia atau bronkitis sangat tinggi selepas penyakit tersebut.

Oleh itu, pastikan anak mendapat suntikan imun terhadap penyakit ini. Namun, ada kanak-kanak yang perlu dimasukkan dalam kategori khas dan tidak boleh diberi suntikan tersebut. Misalnya, kanak-kanak yang ada sejarah epilepsi dalam keluarga mereka. Dapatkan nasihat doktor.

Tanda-tanda

Tanda-tanda selesema iaitu demam, hidung berhingus, rasa sengal dan sakit-sakit.
Batuk teruk yang mempunyai bunyi "whoop" semasa anak menarik nafas.
Muntah selepas serangan batuk.
Tidak boleh tidur kerana batuk.

Apakah tindakan pertama?

Jika selesema anak tidak sembuh dan batuknya semakin teruk, bawanya berjumpa doktor.
Jika anda mengesyaki anak dijangkiti batuk kokol, bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera.
Jika anda mengesyaki anak menghidap batuk kokol, jangan biar dia pergi ke sekolah atau tadika sebelum membawanya berjumpa doktor terlebih dahulu.
Jika anak anda mengalami serangan batuk yang berterusan, dudukkan anak dan pegang anak supaya badannya menjengah sedikit ke depan. Pegang mangkuk dekat mulutnya supaya dia boleh meludahkan kahak ke dalam mangkuk.

Perlukah saya berjumpa doktor?

Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika anda mengesyaki anak dijangkiti batuk kokol.

Apakah tindakan doktor?

Doktor mungkin memberi antibiotik untuk meredakan batuk dan mengurangkan jangkitan. Namun, batuk kokol sukar dilakukan diagnosis semasa peringkat permulaan jangkitan dan ubat yang perlu diambil hanya berkesan jika diambil pada peringkat awal. Doktor mungkin perlu melakukan sapuan tekak untuk membuat diagnosis batuk kokol kerana bayi jarang sekali menghasilkan bunyi "whoop".
Doktor akan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan jika penyakit ini teruk, dia akan mengesyorkan bayi dimasukkan ke hospital untuk mengelak berlakunya penyahhidratan. Jika perlu, anak anda akan diberi oksigen.
Doktor akan menunjukkan cara memegang anak semasa berlaku serangan batuk. Dia mungkin mengesyorkan supaya hujung kot bayi dinaikkan sedikit dan anak anda dibaringkan secara meniarap.

Bagaimana saya boleh membantu?

Semasa serangan batuk, pegang anak seperti yang ditunjukkan dan tenangkannya. Panik akan menyebabkan nafas anak semakin sesak. Pegang mangkuk di bawah dagunya supaya dia boleh meludahkan kahak.
Letak mangkuk di setiap bilik di dalam rumah supaya anak boleh membuang kahak atau muntah tanpa perlu pergi ke tandas. Basuh mangkuk dengan air didih untuk mengelak daripada merebaknya jangkitan.
Jika anak anda muntah selepas serangan batuk, beri dia sedikit makanan dan minuman. Ini akan mengembalikan semula tenaga anak.
Jangan biar anak melakukan aktiviti yang berat semasa dia sedang pulih kerana ini akan menggalakkan serangan batuk dan meletihkannya.
Jauhkan anak dari asap rokok.
Tidur bersama anak supaya dia tidak keseorangan semasa serangan batuk berlaku.
Jangan beri anak sebarang ubat batuk tanpa nasihat doktor.
Jika batuk kokol anak sudah sembuh tetapi anak masih kelihatan tidak sihat dan sukar bernafas, bawanya berjumpa doktor dengan segera. Ini kerana anak mungkin menghidap jangkitan sekunder seperti pneumonia atau bronkitis.
Jangan risau jika anak anda menghasilkan bunyi "whoop" apabila dia menghidap selesema selepas itu. Ini bukannya ulangan batuk kokol. Anak anda hanya mengulangi tingkah laku yang dipelajarinya semasa serangan batuk dahulu.

credit
                                      

                               
Adakah anak anda sering sakit? Asyik demam? Kerap selsema? Senang batuk

Masalah demam, selsema, batuk dan sebagainya sering mengganggu kita sebagai ibu bapa sehingga tugasan harian juga terganggu. Kemungkinan besar anak-anak akan sakit kerana cuaca yang tidak menentu, atau jangkitan penyakit atau virus dari budak-budak lain.  
Namun, kita sebagai ibu bapa boleh “membekalkan” anak kita Nutriferon untuk mempertingkatkan sistem imun yang lebih untuk mereka menangani masalah ini.
Nutriferon dari Shaklee direka khas untuk meningkatkan sistem imun. Ia bertindak seperti tentera yg menjaga badan anak-anak dari dijangkiti penyakit.
Nutriferon boleh diambil oleh semua peringkat umur dan amat digalakkan untuk mereka yang selalu demam, selsema atau batuk. Nutriferon membantu mempercepatkan anak-anak sembuh dari sakit. Ini kerana sistem imun badan kita akan dikuatkan lagi dengan pengambilan Nutriferon. Ia selamat dan jauh lebih baik dari sebarang ubat dan antibiotik.
Ibu-ibu yang masih menyusukan pun amat sesuai mengambil Nutriferon demi meningkatkan sistem imun bayi. 


Nutriferon amat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Biasakan mengambil satu pek seminggu untuk mencegah daripada demam, selsema dan batuk. 


Kemajuan Besar dalam Sains Sistem Imun
Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon
Dr. Yasuhiko Kojima merupakan ahli imunologi yang terkenal di dunia, dan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954, di Universiti Tokyo, semasa beliau menjalankan penyelidikan. Setelah 40 tahun menjalani penyelidikan dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau Berjaya menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.*

Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*

Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*

Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia
Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.



Rumusan Berpaten Yang Eksklusif
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

Cara pengambilan :

Satu minggu sekali sahaja untuk mereka yang sihat, ATAU,
Satu paket sehari (atau, jika perlu),di minum bersama air. 
Sila minum secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan.



Siapa yang memerlukan NutriFeron set ini?
Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
Individu yang menghadapi masalah sistem imun.

Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.

Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.
credit



Berminat dengan Product shaklee? Jom Whassap Saya 
Shaklee Always Safe,Halal,Natural & Recommended 

 Klik Like di FanPage saya : http://www.com/kc shoppe supplement untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA Berminat dengan Product Shaklee...Jom Pewitt KC Salam Sayang, 
Saya KC owner blog ini, 
 ~ Pengedar Bebas Product Shaklee ~ Sebarang pertanyaan dan berminat boleh hubungi ~ Whsp/WeChat/Line : 011 11178071 ~ Sms Or Call : 013 7778971
 ~ Penafian : Segala testimoni/penulisan tentang produk yang di kongsikan di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah,mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar.

No comments: