Tuesday, August 6, 2013

Doa Menjaga Rumah & Harta Benda

                               

Assalmualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Sempena cuti musim perayaan menyambut Hari Raya Adilfitri minggu ini.Banyak warga kota yang akan balik bercuti bersama keluarga yang tersayang bertemu sanak saudara di kampung.Rumah dan harta benda yang bernilai  akan di tinggalkan dan kita semua berharap Allah SWT akan memeliharanya dan berada dalam keadaan selamat sepanjang kita bercuti itu.Tentukan semua pintu dan tingkap diperkemaskan dan di kunci betul agar tiada kejadian pecah rumah yang sering berlaku semasa cuti perayaan.

 Selain memagar rumah dengan mangga,pagar juga rumah kita dengan ayat-ayat Al- Quran moga-moga dijauhkan dari kejadian yang tidak di ingini.Jauhkan dari dipecah masuk pencuri,kebakaran dan lain-lain kejadian yang  akan merugikan kita.

Disini ada doa menjaga rumah dan harta benda yang baik di amalkan sebelum meninggalkan rumah anda.

Sebelum  melangkah keluar didahulukan dengan kaki kanan,Bacalah Doa Elak Mudarat serta bersama DOA ini.Seterusnya baca DOA menaiki kenderaan supaya selamat dalam perjalanan dan berserah kepadaNYA agar dipelihara sepanjang percutian sehingga kembali ke rumah anda semula.

Baca DOA ini selepas solat dan sebelum meninggalkan rumah.

Surah Al- Khaf ayat ke 18



Maksudnya :

 Dan engkau sangka mereka sedar,padahal mereka tidur,dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri,sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua,jika engkau melihat mereka,tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka,dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.

Wasslam
Berminat dengan Product Shaklee...Jom Pewittt KC

Salam Sayang ,Saya KC blog ini,
 ~ Pengedar Bebas Product Shaklee
 ~ Sebarang pertanyaan dan berminat boleh hubungi
~ Whsp/WeChat/Line : 011 11178071
 ~ Sms Or Call : 013 7778971
 ~ Email : anggerikhebat@gmail.com

No comments: